Tuesday, July 27, 2010

Antara insan yang beragama dan yang belajar agama...dimanakah bezanya??!!


Contoh bg seseorang yang "beragama"...*tiada kaitan dgn mana2 pelakon korea k*...;)



Contoh bg golongan yang "belajar agama"...*kitab smpai mcm tu pnya bnyak takkan la nk kata x belajar agama plak kn??..hehe...melawak ja yer akhi faiz dan akhi amir...:)


Salam,bertemu lagi untuk entry seterusnya...
rasanya kali ni nak bincang tentang satu fahaman@tanggapan masyarakat malaysia berkenaan orang yg mngaji@belajar agama dan org yang beragama....
macam nak sama ja kan??...
tapi rasanya ada beza jugak kan??..
haaa,mn satu yg btul ni??...
jom kita kaji...:)

Penulis merasakan tanggapan masyarakat bg seseorang yang belajar agama sebagai seseorang yang alim sehinggakan tidak boleh melakukan kesilapan adalah sesuatu yang amat silap...

selalu jgak kan kita dengar bila seorang ustaz@yang mngajar agama melakukan kesilapan terus dicemuh dan dikutuk oleh masyarakat seolah2 tiada pintu taubat baginya...tapi pernahkah kita mendengar seseorang yang "alim" dalam bahagian perundangan tetapi melanggar undang2 negara sehinggakan terpampang di dada2 akhbar dicemuh sebagaimana cemuhan yang diterima golongan yang belajar agama??...

alasan masyarakakat adalah kerana seorang yang belajar agama tidak sepatutnya melakukan kesilapan yang dilarang agama sebabnya dah memahami agama dengan mendalam...Ehm,alasan mcm kukuh kan??...

tp adakah kita blh mengatakan seseorang yang belajar@mendalami agama tidak sama sekali diganggu syaitan@digoda nafsu??..sudah pastinya tidak kan...memang belajar agama membimbing kita untuk taat dan menjaga diri dari dosa tetapi mereka juga bukannya maksum(terpelihara dari melakukan dosa2 besar dan kecil)...maka mereka juga pastinya berisiko besar untuk melakukan segala kesilapan...

Contohnya,Azazil@syaitan laknatullah adalah ketua bg segala malaikat sebelum dilaknat Allah Taala...syaitan mempunyai ilmu agama yang lebih mendalam dari malaikat tetapi akhirnya mendapat laknat Allah kerana keegoan didalam diri...

Seorang alim yang bernama barshisha telah mewaqafkan diri pada Allah taala untuk beribadat selama 200 tahun lamanya...syaitan menggodanya supaya melakukan dosa dan trus bertaubat agar lebih mendapat nikmat ketika ibadat kerana beliau tidak pernah merasa nikmat taubat...beliau digoda supaya membunuh manusia kemudian beliau menolak...kemudian beliau digoda pula supaya berzina dan beliau menolak kerana merasakan semua dosa itu terlalu besar..akhirnya apabila digoda untuk meminum arak diterima kerana menganggapnya sebagai dosa yang paling kecil diantara ketiga-tiganya..dengan kesilapan itu beliau menjadi mabuk dan seterusnya melakukan ketiga-tiga dosa sekaligus tanpa disedari...adakah kita tetap mngatakan seorang yang mendalami agama terlindung dari dosa dan kesilapan??...

Hakikat yang sebenar hanya insan yang beragama sahaja yang akan terlindung dari melakukan kesilapan dan sekiranya melakukan kesilapan pun beliau akan terus bertaubat...Insan yang beragama bukanlah seseorang yang hanya belajar agama@mendalaminya tetapi yang dikatakan seseorang yang beragama adalah seseorang yang betul2 menyerapkan intipati Islam yang syumul@sempurna didalam hati dan diri serta melakukan ibadat@amalan hanya kerana menginginkan keredhaan Allah Taala...maka,seorang yang beragama tidak semestinya seorang ustaz@ustazah malah juga boleh terjadi pada seorang doktor,petani,arkitek dll...kesedaran agama didalam diri itu yang amat penting...

Penulis menasihati diri penulis sendiri serta sahabat2 sekalian agar trus untuk menjadikan diri sebagai seorang yang beragama dan bukannya yang mempelajari agama semata2...ingatlah pesanan oleh Syeikh Ahmad Bin Al-Husain Bin Ali Bin Arsalan Ar-Ramly didalam kitab beliau "safwatuz Zubad" kepada mereka2 yang mendalami agama@para ulama:

فعالم بعلمه لم يعملن معذب من قبل عباد الوثن

"Maka bagi sesiapa yang alim tetapi tidak beramal dengan ilmunya,akan diazab oleh Allah lebih dahulu dari seorang yang menyembah berhala"...
Nauzubillahi min zalik...

InsyaAllah,kita jumpa lagi lepas ni untuk entry seterusnya...salam alaikum....:)

No comments: