Thursday, February 26, 2009

Penyembahan berhala....



“MEROBOH BERHALA”

Sesungguhnya perjuangan para nabi dan rasul ‘Alaihimus Salam adalah perjuangan terhebat yang pernah dilalui oleh manusia. Mereka berusaha sedaya upaya untuk mendaulatkan Islam dimuka bumi Allah taala ini. Terdapat banyak contoh-contoh berkenaan perjuangan dan rintangan yang terpaksa mereka lalui. Oleh kerana tribulasi yang amat hebat ini mereka tempuhi dengan redha dan sabar,sebilangan mereka digelar sebagai “ulul A’zmi”. Sebagai contoh, Nabi Ibrahim merupakan seorang nabi yang memerangi kejahilan kaumnya dan kesesatan yang nyata didalam kehidupan mereka adalah menyembah berhala. Dengan perjuangan ini Nabi Ibrahim mendapat “hadiah” istimewa dari kaumnya sendiri iaitu dengan diri baginda menjadi korban dibakar hidup-hidup oleh kaumnya.

Sebagaimana yang diriwayatkan daripada Al-Quran bahawa Nabi Ibrahim berhijrah ke Mekah dan meninggalkan Nabi Ismail bersama ibunya sebagai menurut perintah Allah Taala.nKetika Nabi Ismail semakin membesar dan menjadi seorang pemuda yang gagah dibina kaabah bersama ayahanda baginda. Kaabah merupakan satu symbol untuk beribadah dan menyembah Allah yang Maha Agung. Dengan berlalunya masa maka semakin berkembanglah nasab keturunan Nabi Ismail. Mereka amat menghormati tanah haram dan kaabah dengan beribadah dan bertawaf disekelilingnya.

Pengasas penyembahan berhala.

Bermulanya adat penyembahan berhala ini berlaku apabila masuknya umar ibnu Luhai ke mekah sebelum 500 tahun pengutusan Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Umar ibnu Luhai inilah manusia pertama yang menyebabkan pengubahan agama yang dibawa Nabi Ismail ‘Alahis Salam.

Asal-usul penyembahan berhala

Ketika mana Abdullah bin luhai dihalau keluar daripada kota Mekah,dia telah menghidapai penyakit yang amat teruk.Kemudian dia dimaklumkan bahawa ada satu mata air panas yang mujarab untuk menyembuhkn penyakit dikota Sham jika dia ziarahi.Tanpa melengahkan masa dia trus ke sana dan memanaskan badannya di mata air tersebut dan terus sembuh dari penyakit itu.Didapati di kawasan tersebut didiami oleh segolongan kaum yang menyembah berhala.Abdullah bin luhai bertanya mereka apakah sebenarnya yang mereka lakukan dengan berhala tersebut.Mereka menjawab “Dengan tuhan inilah yang memberi kami minum dari air hujan,tuhan inilah yang menolong kami ketika bersama musuh kami.dengan itu,Abdullah bin luhai terus memohon untuk memiliki satu daripada berhala tersebut dan dibawa ke kota Mekah.Bermula dari sinilah malan menyembahan berhala berleluasa di tanah arab.

Cara pengabdian dan penyembahan berhala

Bangsa arab ketika itu meletakkan berhala dirumah-rumah mereka.Sehinggakan ketika mereka ingin keluar bermusafir sekalipun mereka akan menyentuh berhala tersebut tanda pengabdian mereka.Begitu juga ketika mereka pulang dari bermusafir dan perkara pertama yang dilakukan adalah dengan menyentuh berhala ketika smpai dirumah.Terdapat bangsa arab yang menyediakan rumah ibadat ataupun mengukir berhala ataupun bagi yang tidak mampu mereka akan mengelilingi berhala-berhala yang ada di sekitar kaabah.
Jenis-jenis berhala

Bagi bangsa arab terdapat 3 jenis berhala yang amat diagung-agungkan oleh mereka,dilaksanakan haji padanya,disembelih korban sebagai penghormatan padanya.

Pertama: Manat
Semua golongan atau kabilah arab amat membesarkan dan memuliakannya lebih-lebih lagi kaum Aus dan khazraj.Ketika peristiwa Fathul Makkah pada tahun kelapan hijrah Rasulullah S.A.W mengutuskan saidina Ali R.A untuk merobohkannya.

Kedua: Al-Laata
Berhala ini terletak dikota Taif dan ianya adalah batu berbentuk 4 segi.Sesungguhnya kaum Quraish dan segala kaum arab lain amat menyanjungi berhala ini.

Ketiga: Al-‘Uzza
Berhala Al-“uzza ini terletak disebelah kanan perjalanan menuju ke Iraq daripada Kota Mekah.Bagi Kaum Quraisy mereka amat-amat menyanjungi berhala ini.
Semua berhala ini disebut oleh allah Taala di dalam Al-Quran didalam surah An-Najm ayat 19 dan 20
maksudnya:
19. (setelah kamu - Wahai kaum musyrik Makkah - mendengar keterangan Yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka Adakah kamu nampak Bahawa "Al-Laat" dan "Al-Uzza" -
20. Serta "Manaat" Yang ketiga, Yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anak-anak perempuan Allah)?

Dalam ayat dan surah yang lain Allah Taala menggunakan istilah Taghut untuk mengertikan dengan berhala.Sebagaimana yang disebutkan didalam Tafsir Jalalian yang dikarang oleh Imam jalaludin Suyuthi dan Imam Jalaluddin mahalli terdapat beberapa contoh penggunaan istilah ini.contohnya pada:


256. Tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa Yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh Yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.(Al-Baqarah ayat 256)


257. Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang Yang beriman. ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). dan orang-orang Yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut Yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.(Al-Baqarah ayat 257)


51. Tidakkah Engkau perhatikan (dan merasa pelik Wahai Muhammad) kepada orang-orang Yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? mereka percaya kepada benda-benda Yang disembah Yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah) Bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan ugamanya daripada orang-orang Yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w).(An-nisa’ ayat 51)


36. Dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada Yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula Yang berhak ditimpa kesesatan. oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah Bagaimana buruknya kesudahan umat-umat Yang mendustakan Rasul-rasulNya.(An-Nahl ayat 36)


17. Dan orang-orang Yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita Yang mengembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu –(Az-Zumar ayat 17)


Peristiwa fathul Makkah

Ketika mana Rasulullah S.A.W memasuki ke Baitullah ketika peristiwa Fathul Makkah,Rasulullah telah melihat beberapa gambar para malaikat dan gambar Nabi Ibrahim A.S yang sedang memegang kayu undian nasib.Lalu Rasulullah S.A.W berkata “semoga Allah membunuh mereka-mereka yang menjadikan slah seorang nabi Allah ini sebagai mengamal Al-Azlam ini,adakah patut mengaitkan Nabi Ibrahim dengan kayu undian nasib ini??”.Firman Allah taala didalam surah Ali Imran ayat yang ke 67 maksudnya:

67. Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang Yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.

Setelah itu Rasulullah S.A.W mengarahkan supaya diturunkan gambar-gambar tersebut dan dihapuskan.Berkata Saidina Ibnu abbas R.A:”Ketika mana Rasulullah memasuki Kota Makkah ketika ‘Hari Pembukaan Semula Mekah’,Rasulullah S.A.W diatas kenderaan baginda dan seterusnya Baginda nabi terus tawaf disekeliling Kaabah.Ketika itu Kaabah dikelilingi oleh ratusan berhala yang diulit dengan timah hitam.Lantas,Rasulullah terus mengisyaratkan jari baginda kearah patung-patung tersebut dengan membaca ayat yang ke 81 daripada surah Al-Isra’ maksudnya:

81. Dan Katakanlah:" telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara Yang salah (kufur dan syirik); Sesungguhnya Yang salah itu sememangnya satu perkara Yang tetap lenyap".

Dengan izin allah taala,pada masa itu juga semua berhala itu jatuh tersungkur ke bumi sebagaimana jatuhnya kesesatan dimuka bumi yang barakah itu.Selepas kajadian tersebut,tidak sampai masa beberapa bulan semua berhala yang berada ditanah arab telah dimusnahkan dan seluruh bangsa arab menolak amalan menyembahan berhala mulai hari tersebut.Mereka dengan yakin menolak kepercayaan yang batu boleh memberi kemuliaan dan kemudharatan melainkan dengan izin dan kuasa Allah taala.
Wallahu A’lam………….

No comments: