Tuesday, July 27, 2010

Antara insan yang beragama dan yang belajar agama...dimanakah bezanya??!!


Contoh bg seseorang yang "beragama"...*tiada kaitan dgn mana2 pelakon korea k*...;)



Contoh bg golongan yang "belajar agama"...*kitab smpai mcm tu pnya bnyak takkan la nk kata x belajar agama plak kn??..hehe...melawak ja yer akhi faiz dan akhi amir...:)


Salam,bertemu lagi untuk entry seterusnya...
rasanya kali ni nak bincang tentang satu fahaman@tanggapan masyarakat malaysia berkenaan orang yg mngaji@belajar agama dan org yang beragama....
macam nak sama ja kan??...
tapi rasanya ada beza jugak kan??..
haaa,mn satu yg btul ni??...
jom kita kaji...:)

Penulis merasakan tanggapan masyarakat bg seseorang yang belajar agama sebagai seseorang yang alim sehinggakan tidak boleh melakukan kesilapan adalah sesuatu yang amat silap...

selalu jgak kan kita dengar bila seorang ustaz@yang mngajar agama melakukan kesilapan terus dicemuh dan dikutuk oleh masyarakat seolah2 tiada pintu taubat baginya...tapi pernahkah kita mendengar seseorang yang "alim" dalam bahagian perundangan tetapi melanggar undang2 negara sehinggakan terpampang di dada2 akhbar dicemuh sebagaimana cemuhan yang diterima golongan yang belajar agama??...

alasan masyarakakat adalah kerana seorang yang belajar agama tidak sepatutnya melakukan kesilapan yang dilarang agama sebabnya dah memahami agama dengan mendalam...Ehm,alasan mcm kukuh kan??...

tp adakah kita blh mengatakan seseorang yang belajar@mendalami agama tidak sama sekali diganggu syaitan@digoda nafsu??..sudah pastinya tidak kan...memang belajar agama membimbing kita untuk taat dan menjaga diri dari dosa tetapi mereka juga bukannya maksum(terpelihara dari melakukan dosa2 besar dan kecil)...maka mereka juga pastinya berisiko besar untuk melakukan segala kesilapan...

Contohnya,Azazil@syaitan laknatullah adalah ketua bg segala malaikat sebelum dilaknat Allah Taala...syaitan mempunyai ilmu agama yang lebih mendalam dari malaikat tetapi akhirnya mendapat laknat Allah kerana keegoan didalam diri...

Seorang alim yang bernama barshisha telah mewaqafkan diri pada Allah taala untuk beribadat selama 200 tahun lamanya...syaitan menggodanya supaya melakukan dosa dan trus bertaubat agar lebih mendapat nikmat ketika ibadat kerana beliau tidak pernah merasa nikmat taubat...beliau digoda supaya membunuh manusia kemudian beliau menolak...kemudian beliau digoda pula supaya berzina dan beliau menolak kerana merasakan semua dosa itu terlalu besar..akhirnya apabila digoda untuk meminum arak diterima kerana menganggapnya sebagai dosa yang paling kecil diantara ketiga-tiganya..dengan kesilapan itu beliau menjadi mabuk dan seterusnya melakukan ketiga-tiga dosa sekaligus tanpa disedari...adakah kita tetap mngatakan seorang yang mendalami agama terlindung dari dosa dan kesilapan??...

Hakikat yang sebenar hanya insan yang beragama sahaja yang akan terlindung dari melakukan kesilapan dan sekiranya melakukan kesilapan pun beliau akan terus bertaubat...Insan yang beragama bukanlah seseorang yang hanya belajar agama@mendalaminya tetapi yang dikatakan seseorang yang beragama adalah seseorang yang betul2 menyerapkan intipati Islam yang syumul@sempurna didalam hati dan diri serta melakukan ibadat@amalan hanya kerana menginginkan keredhaan Allah Taala...maka,seorang yang beragama tidak semestinya seorang ustaz@ustazah malah juga boleh terjadi pada seorang doktor,petani,arkitek dll...kesedaran agama didalam diri itu yang amat penting...

Penulis menasihati diri penulis sendiri serta sahabat2 sekalian agar trus untuk menjadikan diri sebagai seorang yang beragama dan bukannya yang mempelajari agama semata2...ingatlah pesanan oleh Syeikh Ahmad Bin Al-Husain Bin Ali Bin Arsalan Ar-Ramly didalam kitab beliau "safwatuz Zubad" kepada mereka2 yang mendalami agama@para ulama:

فعالم بعلمه لم يعملن معذب من قبل عباد الوثن

"Maka bagi sesiapa yang alim tetapi tidak beramal dengan ilmunya,akan diazab oleh Allah lebih dahulu dari seorang yang menyembah berhala"...
Nauzubillahi min zalik...

InsyaAllah,kita jumpa lagi lepas ni untuk entry seterusnya...salam alaikum....:)

Friday, July 23, 2010

Biar gambar yang berbicara...:)



Sibuk makan kat bazar...lapar tu....:)






Main Ping-pong,malam sebelum bazar ni...:)

Wednesday, July 21, 2010

Bapa jahiliah@undang2 jahiliah??....

Salam sahabat2 sekalian...
terasa untuk menulis entry terbaru bila terbaca Metro mlm td..
seorang bapa yang sanggup utk menyeksa isteri dan juga anak atas sebab tidak bersyukur kerana mendapat anak prmpuan..
mmng mcm zaman jahiliah kan??...

kadang-kadang penulis sangat2 risau untuk membaca akhbar kerana realiti masyarakat kita sekarang...
bila dipikir2 mmng macam zaman jahiliah bahkan lebih truk lg...
dulu manusia membunuh anak perempuan kerana menganggap wanita adalah sial...sekarang manusia membunuh anak2 lelaki dan perempuan disebabkan kesilapan diri sendiri..kan lebih jahiliah dr zaman jahiliah...

apa yg boleh penulis simpulkan,sekurang2nya 2 sebab@faktor utama masalah ini blh terjadi..

1)tidak redha dengan qada' dan qadar Allah...
berapa ramai yg terbatal iman hanya disebabkan mulut yang terpacul keluar kata2 yg membatalkan iman seperti mempertikaikan qada' dan qadar...
jika si bapa yg mendapat anak lelaki redha,takkan timbul masalah2 sebegini...
alhamdulillah,kakak penulis hadapi masalah yg sama tetapi dilalui dengan redha...kakak sulung penulis sangat2 inginkan anak perempuan dan sampai sekarang, kakak penulis dah mempunyai 4 org anak lelaki...
ujian kan??...sama2 la doakan semoga kakak penulis dimurahkan rezeki mendapat anak perempuan yang comel dan solehah...:)
di dalam kitab "penawar bagi hati" ada mengatakan bahawasanya menjadi satu kewajipan kepada manusia untuk meredhai semua perkara hatta kesalahan orang lain yg membuat kesalahan kepada kita juga kita kena redha kerana itu adalah ketentuan Allah...

2)undang2 yang ada seolah2 wujud hanya kerana syarat bg sesebuah negara bukannya untuk mengatasi dan menghapuskan masalah...
mungkin disebabkan itu manusia berani mengulang2 perbuatan yg sama tanpa malu dan segan...

ingat!!!...
setiap dosa ada pengampunan melainkan syirik pada Allah...

Sebagaimana kisah Saidina Umar didalam masjid...seketika beliau menangis dan seketika beliau ketawa..apabila ditanya beiau menjawab,aku ketawa kerana aku pernah membuat berhala dengan tamar dan akhirnya apabila lapar aku memakan "tuhanku" itu..betapa lemahnya "tuhanku" ketika itu..dan aku menangis apabila teringatkan aku pernah membunuh anak perempuanku dan kini aku bertaubat...

lihatlah,tiada manusia yg terlepas dr kesilapan..."setiap bani adam melakukan kesilapan dan sebaik2 orang yang melakukan kesilapan adalah mereka yang bertaubat"...

Wallahu a'lam....






Tuesday, July 20, 2010

Aku kembali....

Salam...Hye...Hajimimashte...:)
ehm...rs mcm x lama sngt kot aku x menulis,ada la dlm setahun blog ni berhabuk...haha...kemunculan kali ini mngkin ada skit kelainan...apa kelainan tu??...tngguuuuuuu...*coz br nak pikir*...hehe...
ok la,kita jmpa lg lps ni...maassalamah....:)

Monday, June 29, 2009

Rasulullah melayan isteri baginda...


Budi bahasa itu yg membuatkan org respect.. dan bertambah segan bukannya Dengan cara tekanan dan garang. Perfect husband.. He makes the world follow..

Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a.. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?'

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'
'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW.

Saturday, June 13, 2009

Perginya seorang murabbi...



assalamualaikum semua..al-ustaz fathi yakan telah meninggalkan kita pagi tadi..Lahir pada tahun 1933 dan wafat pd hari ini berumor 76tahun... sungguh besar jasanya dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah..sila lihat web ikhwan jordan utk kesahihan berita tersebut..semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada' : http://www.ikhwan-jor.com/. Wa minhum man qodho nahbah, waminhum man yantazir!! Mg syahid jalan dakwah!!